Sunday, February 12, 2012

Kata Pemeri


KATA PEMERI


Kata pemeri ialah boleh diikuti oleh kata kerja yang berfungsi sebagai frasa nama. Lihat contoh yang di bawah ini:

1. Hobi saya ialah membaca buku dan majalah.

Ayat (1) di atas sebenarnya berasal daripada ayat yang berikut:
1(a) Hobi saya ialah aktiviti membaca buku dan majalah.

Ayat 1(a) di atas boleh disongsangkan seperti yang berikut:
        1(b) Aktiviti membaca buku dan majalah ialah hobi saya.

Apabila berlakunya pengguguran, ayat 1(b) akan menjadi seperti ayat yang berikut:

1(c) Membaca buku dan majalah ialah hobi saya.

Dalam ayat 1(c) di atas, frasa kerja `membaca buku dan majalah’ ialah frasa kerja yang berfungsi sebagai frasa nama.

Dalam bahasa Melayu, banyak ayat yang terbentuk seperti ayat (1) tersebut. Lihatlah ayat-ayat yang berikut:

2. Rukun Islam yang kelima ialah mengerjakan haji di Mekah.

Ayat (2) di atas sebenarnya berasal daripada ayat yang berikut:

2(a) Rukun Islam yang kelima ialah kewajiban mengerjakan haji di Mekah.

Sumber :agy7500.blogspot.com

No comments:

Post a Comment